Wikidata:Data perkamusan

This page is a translated version of the page Wikidata:Lexicographical data and the translation is 90% complete.
Outdated translations are marked like this.
logo berdasarkan ama/𒂼 (L1) dengan warna Wikimedia

Selamat datang ke laman projek untuk data perkamusan!

Apakah data perkamusan?

Sejak bermulanya Wikidata pada tahun 2012, pangkalan pengetahuan pelbagai bahasa kebanyakannya tertumpu pada konsep: butir Q berkaitan dengan benda atau idea, bukan kepada perkataan menghuraikannya. Sejak tahun 2018, Wikidata juga menyimpan beberapa jenis data baru: perkataan, frasa dan ayat, dalam banyak bahasa, dihuraikan dalam banyak bahasa. Maklumat ini disimpan dalam jenis entiti baru, dipanggil Leksem (L), Bentuk (F) dan Maksud (S). Anda boleh belajar lebih lanjut tentang model data di laman pendokumenan.

Perihal berstruktur perkataan akan secara langsung tersambung dengan konsep-konsep. Ia akan membenarkan para penyunting untuk memerihalkan dengan tepat kesemua perkataan dalam kesemua bahasa, dan akan dapat diguna semula, seperti seluruh kandungan dalam Wikidata, oleh pelbagai alat dan pertanyaan—kesemuanya yang masyarakat cipta untuk bermain dengan perkataan. Data perkamusan dapat diguna semula di projek Wikimedia, dan dapat membekalkan sokongan untuk Wikikamus.

Garis masa

  • 2012: perbincangan pertama tentang memasukkan data perkamusan ke dalam Wikidata
  • 2013–2016: banyak perbincangan dengan penyunting dan pembangun, membawa kepada beberapa versi rancangan perkembangan
  • 2016: mula perkembangan
  • 2017: menyambung perkembangan struktur (Wikibase/Leksem), perkembangan beberapa alat untuk WIkikamus (Pautan tapak)
  • 23 Mei 2018: perkembangan versi pertama data perkamusan ✓ Done
  • 16 Oktober 2018: membenarkan data perkamusan dalam Khidmat Pertanyaan ✓ Done
  • 18 Oktober 2018: membenarkan Maksud ✓ Done
  • 2018–2022: lelaran projek, penyenggaraan

Pautan berguna