Wikipedia:Penafian umum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wikipedia tidak menjamin kesahihan maklumat di sini

Wikipedia merupakan ensiklopedia bebas dan terbuka. Ia ialah hasil usaha gabungan penglibatan individu dan kumpulan sukarelawan yang berusaha untuk membangunkan sumber pengetahuan rujukan orang ramai. Struktur projek ini membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai sambungan Internet untuk mengubah kandungannya. Dengan ini, dimaklumkan bahawa sebarang maklumat dipaparkan dalam Wikipedia tidak semestinya telah dinilaikan kesahihannya oleh golongan profesional dalam sebarang bidang yang berkaitan untuk ketepatan dan kesahan maklumat.

Hal ini tidaklah bermakna anda tidak akan menemui sebarang maklumat tepat di Wikipedia kerana kebanyakan daripada kandungan kami dikemaskinikan dari semasa ke semasa. Namun begitu, Wikipedia tidak dapat menjamin sebarang kesahihan maklumat di sini. Kandungan sesuatu rencana mungkin telah disunting, dirosakkan atau ditukar oleh seseorang yang mungkin berpendapat lain dalam bidang berkenaan. Untuk maklumat anda, kebanyakan daripada ensiklopedia dan bahan rujukan lain juga mempunyai penafian seperti di atas.

Tiada struktur penilaian yang formal

Kami sentiasa berusaha untuk memilih dan memastikan versi rencana yang dipaparkan ialah yang terbaik. Kommuniti penyunting aktif kami menggunakan peralatan seperti Khas:Perubahan terkini dan Khas:Laman baru untuk memantau sebarang perubahan dan kandungan baharu. Namun begitu, kandungan Wikipedia tidak dinilai secara menyeluruh; walaupun pembaca mungkin membetulkan sebarang kesilapan, mereka tidak mempunyai sebarang kewajipan dari segi undang-undang untuk bertindak sedemikian. Oleh itu, kesemua informasi yang dibaca di sini adalah tanpa sebarang jaminan untuk apa-apa tujuan dan sebagainya. Kanduangan rencana yang telah dikategorikan sebagai telah dinilai atau dipilih sebagai rencana pilihan juga mungkin telah ditukar atau disunting sebelum anda membacanya.

Tiada sesiapa pun daripada para penyumbang, penaja, penyelia atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Wikipedia boleh dipersalahkan dengan sebarang ralat maklumat atau unsur fitnah dalam kandungan informasi yang dipaparkan atau dipautkan ke tapak web luar.

Tiada kontrak; lesen terhad

Sila pastikan anda memahami bahawa maklumat di sini disediakan secara percuma, bebas dan tanpa sebarang ikatan, perjanjian atau persetujuan antara anda dengan pemilik tapak web ini dan pengguna-penggunanya, pemilik-pemilik pelayan di mana ia disimpan, para penyumbang individu Wikipedia, pentadbir projek, sysop atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Wikipedia dan projek-projek berkembarnya untuk menerima sebarang tuntutan daripada anda secara langsung. Anda hanya diizinkan lesen terhad untuk membuat salinan sebarang bahan daripada tapak web ini; kebenaran ini tidak menjadikannya atau bermaksud kontrak mahupun kontrak penambahan liabiliti kepada pihak Wikipedia atau sebarang ejen-ejennya, ahli-ahlinya, pengurusannya dan pengguna-pengguna lainnya.

Tiada sebarang perjanjian atau persefahaman antara anda dan Wikipedia wujud untuk sebarang penggunaan atau perubahan informasi tertakluk dalam Creative Commons Attribution-Sharealike 3.0 Unported License (CC-BY-SA) dan GNU Free Documentation License (GFDL); mahupun sesiapa yang berkaitan dengan Wikipedia bertanggungjawab untuk mengubah, menyunting atau memadamkan sebarang informasi yang anda mungkin tulis atau paparkan dalam Wikipedia atau projek-projek berkaitan dengannya.

Tanda dagangan

Mana-mana tanda dagangan, tanda perkhidmatan, tanda kolektif, hak reka bentuk atau hak-hak yang disertakan dan dinyatakan dalam artikel ensiklopedia Wikipedia merupakan hak milik pemilik masing-masing. Penggunaan bahan tersebut di sini tidak bermakna anda boleh menggunakannya untuk kegunaan lain atau untuk penyebaran informasi seperti yang dinyatakan oleh penulis artikel Wikipedia tersebut di bawah skema perlesenan CC-BY-SA dan GFDL. Melainkan jika dinyatakan, Wikipedia dan laman-laman Wikimedia tidak berkaitan atau disahkan berhubung kait dengan mana-mana pemegang hak tersebut. Wikipedia tidak mampu memberi sebarang hak penggunaan mana-mana bahan yang dilindungi. Penggunaan bahan tersebut adalah di bawah tanggungan dan risiko anda.

Hak personaliti

Wikipedia mungkin mengandungi bahan yang menggambarkan seseorang yang masih hidup atau meninggal dunia. Penggunaan imej-imej ini, dalam bidang kuasa tertentu, dihalang oleh undang-undang hak personaliti yang bebas daripada hak cipta bahan tersebut. Sebelum menggunakan bahan jenis ini, sila pastikan anda mempunyai hak untuk menggunakannya dalam bidang kuasa undang-undang. Anda bertanggungjawab untuk memastikan hak personaliti seseorang tidak dicabuli.

Bidang kuasa dan kesahan kandungan

Penerbitan informasi yang dijumpai dalam Wikipedia mungkin dianggap salah di sisi undang-undang di negara atau bidang kuass di mana anda membaca informasi ini. Pangkalan data Wikipedia disimpan dalam pelayan di Negeri Florida, Amerika Syarikat dan diselenggara mengikut peruntukan dalam undang-undang persekutuan dan tempatan Amerika Syarikat. Wikipedia tidak menggalakkan pelanggaran mana-mana undang-undang dan tidak bertanggungjawab untuk sebarang pelanggaran undang-undang yang berlaku seandainya anda menghubungkan domain ini atau menggunakan, mengeluarkan semula, atau menerbitkan maklumat yang terkandung di sini.

Bukan nasihat profesional

Seandainya anda memerlukan sebarang nasihat (dalam bidang seperti perubatan, perundangan, kewangan atau sebagainya) sila dapatkan khidmat profesional yang berlesen atau mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

Walau bagaimanapun, Wikipedia sentiasa mempunyai inspirasi dan komitmen bagi memastikan setiap rencana yang tersedia di sini sentiasa dapat ditentusahkan dan tidak berat sebelah. Staf dan para pentadbir Wikipedia sentiasa memastikan perkara terpenting tersebut dapat direalisasikan sebagai harapan dan sokongan untuk memperoleh suatu bentuk ensiklopedia bebas berkualiti, berkreadibiliti dan berketerampilan.