saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/12/2004

Najib dahului 126 penerima darjah, bintang

SHAH ALAM 10 Dis. - Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak mendahului senarai 126 penerima anugerah darjah kebesaran dan bintang sempena ulang tahun ke-59 keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.

Timbalan Perdana Menteri merupakan penerima tunggal anugerah Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) iaitu darjah kelas pertama yang membawa gelaran Datuk Seri.

Beliau akan menerima anugerah berkenaan pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Bintang Negeri Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pukul 9 pagi.

Pada istiadat berkenaan, Sultan Selangor juga berkenan mengurniakan darjah kebesaran Datuk Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) yang membawa gelaran Datuk Setia kepada dua penerima.

Mereka ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid dan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Datuk Seri Mohd. Anwar Mohd. Nor.

Seramai sembilan penerima akan dikurniakan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Mereka ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Badariah Hassan; Ketua Staff Markas Angkatan Tentera merangkap Panglima Pemerintah Angkatan bersama Tentera Malaysia, Laksamana Madya Datuk Ramlan Mohamed Ali dan Duta Besar Malaysia ke Brazil, Tai Kat Meng.

Penerima lain ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Melawati, Mohamed Sayuti Said; ADUN kawasan Damansara Utama, Lim Choon Kin dan Ketua Jabatan Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Prof. Dr. Abdul Aziz Abdul Razak.

Turut menerima anugerah DPMS ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Hishamuddin Aun; Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Selangor, Marsum Paing serta Ketua Wanita MIC, Senator Jaya Partiban @ Jaya Kalanthaivelu.

Baginda juga akan mengurniakan 10 darjah kebesaran Datuk Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) yang juga membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka untuk wanita.

Mereka ialah Datuk Orang Kaya Maha Bijaya Gombak dan Orang Besar Daerah Gombak, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pa'wan Teh; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Mohd. Bakke Salleh dan Ketua Pengarah Eksekutif Southern Bank Berhad, Datuk Tan Teong Hean.

Penasihat Orang Asli Malaysia, Datuk Anthony Ratos Domingos Ratos; Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Micheal Chong Ten Soo dan Ketua Setiausaha Sulit Pejabat Menteri Besar Selangor, Mohd. Yusof Shafie.

Turut menerima DSIS ialah Pengarah Ayman Capital Sdn. Bhd., Dr. Tawfiq Ayman; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Mohd. Masloro Abdullah, Naib Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya, Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Ketua MCA Bahagian Shah Alam, Thong Young Koon.

Sebanyak 22 orang menerima darjah kebesaran Setia Mahkota Selangor (SMS) antaranya ADUN Dusun Tua, Rahmad Musa; Tengku Setia Selangor, Tengku Sulaiman Shah Tengku Abdul Jalil Shah; Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Kalsom Abdul Ghani, Pengarah Galeri Seni Shah Alam, Prof. Madya Mohd. Said Abu; Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor, Saruan Sahid dan Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam, Za'ba Che Rus.

Sementara 20 orang menerima darjah kebesaran Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS).

Antara penerimanya ialah ADUN Kinrara, Dr. Kow Cheong Wai; Timbalan Pengarah Kastam Selangor, Abdul Rahman Ahmad; Pelukis DiRaja Ahmad Nazri Abdullah dan Pengarah Lembaga Tabung Haji Selangor, Mohd. Ariff Usoh.

Selain itu, sebanyak 29 orang menerima Ahli Mahkota Selangor (A.M.S). Antaranya ialah Timbalan Pendakwa Raya Kamar Penasihat Undang-undang Selangor, Salehuddin Saidin; Pengurus Besar Kanan Sirim Bhd., Abdul Razak Salim; Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Subang, Fazlina Othman; Pengurus Pentadbiran Yayasan Selangor, Suar Nor Mohamad; Setiausaha Kehormat Pemadam Selangor, Hashim Anang dan Editor Tugasan Berita (Alam Sekitar) Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) Karam Singh Walia.

Darjah kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) pula dianugerahkan kepada 26 orang termasuk Pegawai Protokol kepada Sultan Selangor, Ahmad Fasal Zakaria; Pengurus Khidmat Perundingan Pembangunan Perindustrian dan Projek SSIC Bhd., Zalina Mat Nasir; Penolong Editor Berita Sin Chew Daily, Ng Sheau Horng; Penolong Pengurus Kanan Tenaga Nasional Bhd. Shah Alam, Mohd. Johar Bosri, Exco Pergerakan Puteri UMNO, Norashikin Onn dan Pegawai Tadbir/Imam Besar Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Solehen Sapuan.

Tujuh orang pula menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (BPC) iaitu Komandan Sukarelawan Polis Kontinjen Selangor, Mustapa Mohammad; Penguasa Penjara Kajang, Mohd. Muslih Mahmud; Penghulu Tingkatan Kanan Pejabat Daerah Sabak Bernam, Mustafa Ibrahim; Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, Norsham Baharudin; Ketua Ahli Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba Subang Jaya, Ramli Ibrahim; Guru Besar Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam, Siti Dallalah Mahmudin dan Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Selangor, Zainal Abidin Sulaiman.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.